Monday, March 24, 2008

TARIKH PENUBUHAN DAN PENGASAS SEKOLAH

Sekolah ini wujud pada 16 januari 1989 dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sahabat 16.Ia terletak di gugusan Sahabat Felda di antara Sahabat 03,Sahabat 04,Sahabat 05 dan Bandar Sahabat.Kedudukannya adalah ditengah-tengah di anatara Bandar Sahabat dan perkampungan peneroka yang dikenali sebagai Desa Kencana.

Peringkat awal pendaftaran para pelajar telah didaftarkan si salah sebuah rumah peneroka dan dikendalikan oleh Cikgu Norisan Sialan.Maka dengan rasminya pada tanggal 16 Januari 1989 Sekolah Kebangsaan Sahabat 16 mula beroperasi dibawah pimpinan Guru Besar yang pertama iaitu En.Wentwes Dugal sehingga tahun 1995.Pada asalnya bangunan ini milik pejabat Felda sahabat 05,tetapi pada tahun 1993,bangunan ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Sabah.

Keluasan tapak sekolah mengikut maklumat dari pentadbiran Felda ialah seluas 3.5 hektar yang terdiri daripada Blok-Blok :


a)Anjung Teduh b)Baiduri Ayu
c)Cenderawasih d)Desa Kencana
e)Embara Budi f)Fajar Harapan
g)Gemala Pura h)Hamparan Badai
i)Indera Sakti j)Jeragan Bestari
k)kembara Sakti l)lancang Kemudi
m)Mercu Puspita n)Nilam Permata
o)Ombak beralun p)Panca Delima


PENEMPATAN GURU

Tidak ada penempatan guru yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Sabah sejak tahun 1989 sehingga ke hari ini.
Sebahagian daripada guru menumpang tinggal di rumah-rumah peneroka yang disediakan oleh pihak Felda sebanyak 10 unit.Oleh kerana masalah bekalan air,kini hanya 4 unit rumah peneroka sahaja yan didiami oleh para guru dan selebihnya sama ada menyewa di kawasan perumahan kilang dan tinggal di kuarters felda terutamanya bagi guru-guru wanita yang suami mereka adalah kakitangan Felda.

PERKEMBANGAN SEKOLAH

Pada tahun 1989,bilangan pelajar ialah seramai 63 orang dengan 9 orang guru .Tahun demi tahun angka ini meningkat dan pada tahun 1999 bilangan pelajar adalah seramai 1364 orang dengan 49 orang tenaga pengajar dan 5 orang kakitangan Bukan mengajar serta diterajui oleh Guru Besar yang ketiga,En.Santa Bin Amir Husin iaitu selepas Guru Besar kedua,En.Hassan bin Mamat.

Pada tahun 1989,semasa sekolah ini dibuka,bilangan pelajar di sekolah ini ialah seramai 63 orang dengan 9 orang guru.Guru Besar Pertama ialah En.Wentwes Dugal yang bertugas pada tahun 1989-1994

Guru Besar kedua ialah En.Hassan Bin Mamat yang bertugas dari tahun 1994 hingga 1999.Tahun demi tahun,bilangan guru dan murid semakin bertambah.Pada tahun 1999 bilangan murid meningkat kepada 1364 orang dengan 49 orang tenaga pengajar dan 5 orang Kakitangan Bukan Mengajar.

Guru Besar yang ketiga ialah En.santa Amir Husin yang bertugas pada tahun 1999 sehingga 2000.Guru Besar yang keempat ialah En.Jamli Bin Hj.Ibrahim iaitu yang bertugas antara tahun 2001-2003.
Pada 6 Januari 2001 Kementerian Pendidikan Malaysia telah dapat memiliki tapak pembinaan bangunan SK.Sahabat 16.KIP Management telah diamanahkan untuk pembinaan bangunan baru tersebut.Kontraktor yang diberi mandat untuk kerja-kerja pembinaannya ialah IKOI Sdn.Bhd dengan kos RM15,800,000.00
Tarikh siap pembinaan bangunan ini ialah pada 5 April 2002.Majlis penyerahan bangunan baru ini telah disempurnakan pada 23 Okt 2002.Penyerahan bangunan telah dilakukan oleh KIP Management kepada wakil Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu iaitu Tuan Hj.Abdul b.Hj.Using.Tuan Hj.Abdul telah menyerahkan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Guru Besar En.Jamli b.Hj.Ibrahim.
SK.Sahabat 16 telah beroperasi sepenuhnya di bangunan baru pada 1 Januari 2003.Bilangan muridnya seramai 892 orang.Mulai 23.12.2003 Guru Besar sekolah ini ialah Pn.Eaishah bt.Md.Teha.Memandangkan bekalan elektrik tidak dapat dibekalkan oleh pihak felda,sebuah generator telah disediakan.Bangunan ini dilengkapi dengan 30 buah bilik darjah ,2 bilik komputer,1 bilik seni visual,1 bilik Kemahiran Hidup dan 1 bilik Muzik.
Blok pentadbiran pula merangkumi pejabat am,Bilik Guru,Pusat Sumber ,Bilik Audio Visual,Bilik gerakan,Bilik Perkembangan Staf dan 2 buah makmal.Dewan Serbaguna,Bilik Kaunseling,Bilik Kesihatan,Bilik pemulihan dan Surau memenuhi tingkat bawah Blok Pentadbiran.Selain itu,terdapat juga kantin sekolah ,tiga gelanggang untuk sepak takraw dan padang sekolah.SK.Sahabat 16 juga dilengkapi dengan 3 blok bangunan rumah guru 4 tingkat.Setiap blok terdiri daripada 8 unit rumah.